Kamis, 07 Oktober 2010

Kisah Nabi Khidir Dalam Kitab Imam Ibnu Hajar Asqalaniy




|Takziah kepada keluarga Rasulullah SAW |Khidir datang menegur peniaga |Kisah
Khidir dan Abu Mahjan|
|Nabi Khidir memberi pengajaran |Nabi Khidir datang ke Baitul Haram |
|Amalan yang paling disukai Allah |Nabi Khidir mengubati dengan Asmaul Husna |
Takziah kepada keluarga Rasulullah SAW

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dalam kitab Tafsir:“Bercerita kepadaku ayahku, yang didengarnya dari Abdul Aziz Al-Ausiy, dari Ali bin Abu Ali, dari Jakfar bin Muhammad bin Ali bin Husain, dari ayahnya, katanya Ali bin Abi Talib berkata:“Ketika wafat

Rasulullah SAW, datanglah ucapan takziah. Datang kepada mereka (keluarga Nabi
SAW) orang yang memberi takziah. Mereka mendengar orang memberi takziah tetapi
tidak melihat orangnya. Bunyi suara itu begini:
‘Assalamu Alaikum Ahlal Bait Warahmatullahi Wabarakatuh.Setiap yang bernyawa

akan merasakan mati. Hanyasanya disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat.
Sesungguhnya dalam agama Allah ada pemberi takziah bagi setiap musibah, bagi Allah
ada pengganti setiap ada yang binasa, begitu juga menemukan bagi setiap yang hilang.
Kepada Allah-lah kamu berpegang dan kepada-Nya mengharap. Sesungguhnya orang
yang diberi musibah adalah yang diberi ganjaran pahala.”
Berkata Jakfar:“Bercerita kepadaku ayahku bahawa Ali bin Abi Talib ada berkata:
“Tahukah kamu siapa ini? Ini adalah suara Nabi Khidir.”Berkata Muhammad bin

Jakfar:“Adalah ayahku, iaitu Jakfar bin Muhammad, menyebutkan tentang riwayat dari
ayahnya, dari datuknya, dari Ali bin Abi Talib bahawa datang ke rumahnya satu
rombongan kaum Quraisy kemudian dia berkata kepada mereka:“Mahukah kamu aku
ceritakan kepada kamu tentang Abul Qasim (Muhammad SAW)?”
Kaum Quraisy itu menjawab:“Tentu sahaja mahu.”
Ali bin Abi Talib berkata:“Jibril Alaihis salam pernah berkata kepada Rasulullah SAW:
“Selamat sejahtera ke atas kamu wahai Ahmad. Inilah akhir watanku (negeriku) di bumi.

Sesungguhnya hanya engkaulah hajatku di dunia.”Maka tatkala Rasulullah SAW wafat,
datanglah orang yang memberi takziah, mereka mendengarnya tetapi tidak melihat
orangnya. Orang yang memberi takziah itu berkata:“Selamat sejahtera ke atas kamu
wahai ahli bait. Sesungguhnya pada agama Allah ada pemberi takziah setiap terjadi
musibah, dan bagi Allah ada yang menggantikan setiap ada yang binasa. Maka kepada
Allah-lah kamu berpegang dan kepada-Nya mengharap. Sesungguhnya orang yang diberi

Tidak ada komentar:

Posting Komentar